Depression
Apakah yang dimaksudkan dengan 'depression'?
Umum mengenalinya sebagai salah satu daripada penyakit mental yang diidapi oleh ramai orang dewasa ini. Dalam bahasa Melayu, ia sering diterjemahkan sebagai "kemurungan". Terlalu banyak maklumat mengenai penyakit ini atau penyakit lain yang berkaitan dengan mental boleh diperolehi di internet. Namun, sebagaimana kita maklum, hanya pakar psikiatri sahaja yang boleh menetukan sama ada seseorang itu menghadapi masalah mental atau tidak.
Dari pengalaman saya, pakar-pakar psikiatri mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai masalah mental yang dihidapi oleh seseorang seperti saya. Sebelum disahkan mengidap 'Major Depression', saya telah didiagnosis dengan pelbagai lagi jenis penyakit mental. Mula-mula, doktor yang pertama kali merawat saya mengatakan saya mengidap 'Generalized Anxiety Disorder' dan 'Panic Disorder'. Kemudian seorang doktor pakar lain mengatakan saya berdepan dengan masalah personaliti yang dikenali sebagai 'Underlying Personality Disorder'. Doktor ini merupakan doktor pakar di hospital kerajaan yang agak 'terkenal' kerana bergelar Datuk. Saya cuba mencari maklumat mengenai apa yang dimaksudkan dengan penyakit itu tetapi sering mendapat maklumat berkaitan dengan sejenis penyakit lain yang dikenali sebagai 'Borderline Personality Disorder'. Saya tidak pasti sama ada ia merupakan penyakit yang sama atau saling berkait antara satu sama lain.
Bagaimanapun, sebelum saya berhenti kerja, hampir kesemua doktor pakar berkenaan dan yang merawat saya sehingga ke hari memperakui bahawa saya mengidap penyakit mental yang dikenali sebagai 'Depression'. Ada seorang lagi doktor pakar pula berpendapat saya mengidap kedua-dua kategori penyakit 'Depression' iaitu 'Major Depression' dan 'Minor Depression' atau pun disebut sebagai 'Double Depression'. Entah mengapa secara peribadinya, saya lebih bersetuju dengan pendapat doktor ini.
-bersambung....

1 Comments:
At 4:33 PM,
Anonymous said…
hai apa kabar?
I harap u makan ubat u mengikut masa.berjumpa kawan2 seperti biasa.Bergembira.makan tidur yang cukup.maaf saya tidak pandai berbahasa dengan baik.tapi itu yang saya dapat beritahu kamu.Penyakit depress ini seperti kemurungan yang berlebihan.Bukan bermaksud org itu mahu berpenyakit sperti depress.Sebab itu u buat saja kehidupan u seperti biasa.Tolong mak bapak di rumah.Buat kerja di rumah.Apa2 yang patut.Jika hilang minat dengan minat lepas,kembalikan minta tersebut.Memang senang bercakap ttp susah nak lakukan.Tetapi berdoalah kepada TUhan utk menenangkan hati kita.Bukan kita yang minta semua ini terjadi ke atas kita.Setiap org ada rasa sedih.Cuma dep ini yang tidak dapat terkawal.Sebab itu makanlah ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.Jgn skip makan sebab ubat itu yang kontrol emosi anda.Tanpa ubat bhn kimia dalam badan akan berubah dan akan menybabkan penyakit u berulang lagi.
Daripd org misteri.
Post a Comment
<< Home