Saya Silap
Saya telah melakukan kesilapan yang besar apabila membuat pengakuan terbuka bahawa saya mengidap penyakit mental kepada seseorang yang belum dikenali sepenuhnya.
Saya tidak sangka rupanya komen-komen seperti yang disebut di dalam entri saya yang lepas masih lagi kedengaran pada hari ini. Persepsi saya bahawa masyarakat kita sudah bersikap lebih terbuka dan tidak memandang serong terhadap mereka yang menghadapi masalah mental ternyata meleset.
Apabila seseorang seperti saya mengatakan dia takut gagal, ‘takut’ di sini tidak sama dengan ‘takut’ pada pandangan orang biasa.
“Barangkali saya memang seorang pemalaslah, doktor”, keluh saya kepada seorang doktor pakar psikiatri dalam satu sesi kaunseling tidak lama dulu.
“Saya faham”, kata doktor tersebut. “Tapi awak kena ingat, ‘malas’ orang seperti awak ini adalah 10 kali ganda malasnya bagi orang normal. Ingat, orang biasa pun adakalanya akan merasa malas pada sesuatu masa. Tetapi sekejap aje. Sebab itulah kadangkalanya awak rasa tidak terdaya untuk melakukan apa-apa perkara untuk satu jangkamasa yang lama.”
Depression is not some kind of bullshit. It is a serious matter. Somebody can get killed because of it. Don’t just simply says “You pray to God then you can get rid of it.” No wonder why Sera has long gone from blogging. She has prayed, read Quran then sembahyang tahajud in the middle of the night but yet she is still depressed. I don’t blamed God but I’m blaming those who do not want to understand why God gives them pleasantness but suffer to others.

2 Comments:
At 7:49 AM,
Puan Ainon Mohd. said…
Asalamualikum, apabila sdr berjumpa doktor yang 'merawat' depresi sdr itu, tolong tanyakan soalan ini: Mengapakah dalam bahasa Melayu tidak ada perkataan yang membawa makna yang serupa dengan penyakit 'depression'.
Saya juga hairan, saya dapati hanya orang-orang yang pandai berbahasa Inggeris sahaja yang mengalami 'depression'.
Terima kasih.
At 1:25 PM,
Rafie Yusof said…
Hairan..kenapa pula saya perlu tanya doktor apa maksud depression dalam bahasa melayu? Pakar bahasa kita dah kekurangan ideakah mencari satu perkataan melayu yang sesuai dengan depression. Kalau tak ada guna pakai sajalah depresi seperti juga kita guna dedikasi, motivasi dan pelbagai lagilah si..si..si.
Semasa saya di klinik, saya melihat pesakitnya dari pelbagai usia dan latarbelakang masyarakat. Yang melayunya ada yg berkopiah, bertudung labuh, ada dari bandar ada dari kampung. Pendekata salahkah mereka ini pandai berbahasa inggeris. Bodohlah si doktor Mahathir suruh orang melayu pandai berbahasa Inggeris kalau dah tahu pandai bahasa ini rupanya boleh kena sakit jiwa!!
Post a Comment
<< Home