Persada Kehidupanku

...pasrah...

Saturday, April 01, 2006

DAM! DUM! DAM!

(khas buatmu Sera-honeybiru)

Dam!
Pintu terbuka
dia pergi
mungkinkah merajuk
doanya tak didengari

Dum!
Pintu tertutup
aku masih di sini
tak mahu pergi
biar tersiksa diri

Namun aku pasti
Tuhan masih di sisi

Apa yang dipinta
mungkin tak diberi di sini
yang lebih baik menunggu di sana

Dam!
Pintu terbuka lagi
Biarkan
nanti dia kembali
aku akan menanti

Kelak kita harungi
gelora ini
hingga akhir nanti
kerana mati sudah tentu pasti

nukilan
rafieyusof

Kuala Lumpur
31 Mac 2006

3 Comments:

  • At 3:00 PM, Anonymous lanun said…

    very well phrased. keep up the good work, P! ;)
    rgds,
    lanun

     
  • At 2:10 PM, Blogger Rafie Yusof said…

    thank you

     
  • At 9:06 PM, Anonymous Reen said…

    Sera masih wujud, jangan risau. I'll try my best to support her.

     

Post a Comment

<< Home