tag:blogger.com,1999:blog-11219339.post-1143604936096052472006-03-29T11:52:00.000+08:002006-03-29T12:02:16.146+08:00Depression (sambungan)
Major Depression mengikut terma perubatan bersifat akut (acute) manakala Minor Depression atau nama lainnya Dysthymic Disorder bersifat kronik (chronic).

<o:p></o:p>Maksud kronik di sini ialah penyakit ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih walau pun simtom-simtomnya tidaklah seteruk Major Depression. In the worst case scenario, kehidupan pesakit bagaikan sentiasa dalam keadaan ‘depressed’ walau pun pada pandangan masyarakat dia kelihatan seperti orang normal yang lain; menulis blog, memandu kereta, pergi membeli-belah dan sebagainya.

<o:p></o:p>Seseorang yang mengalami Dysthymic Disorder untuk jangka masa tertentu dan dalam tempoh itu mengalami pula simtom-simtom Major Depression mungkin akan didiagnosiskan sebagai mengidap Double Depression.

<o:p></o:p>Saya tidak nafikan mungkin semenjak kecil lagi saya telah pun ‘depressed’. Ketika di bangku sekolah rendah, saya sering dibuli dan diejek sebagai ‘lembik’ atau ‘bapuk’ oleh abang-abang saya. Mereka mengatakan semasa mak mengandungkan saya, dia begitu teringinkan anak perempuan. Bila saya dilahirkan, mak melayan saya seperti anak perempuan dengan memakaikan pakaian budak perempuan dan membiarkan rambut saya panjang. Nama timangan saya pula ‘Intan’ yang lebih sesuai untuk budak perempuan. Sehinggalah adik perempuan saya dilahirkan, barulah mak dapat menerima saya sebagai anak lelaki. Tetapi abang-abang saya mengambil kesempatan dari peristiwa ini bila saja ada ‘pergaduhan’ adik beradik yang biasa berlaku.

Ketika belasan tahun dan tinggal di sekolah berasrama pula, muka saya ditumbuhi jerawat batu yang teruk sehingga saya merasakan muka saya telah menjadi hodoh. Saya pernah menangis kerana tidak mampu membeli ubat jerawat yang mahal. Saya lebih senang menyendiri termasuklah semasa membuat benda-benda ‘nakal’ yang biasa dibuat oleh budak-budak asrama seperti menghisap rokok dan menyelinap keluar asrama untuk menonton wayang di waktu malam.

Saya teringat satu peristiwa ketika menyertai perkhemahan persatuan St. John Ambulance apabila salah seorang ahli mencadangkan satu permainan. Ketika itu saya sudah pun di tingkatan <st1:place st="on"><st1:city st="on">lima</st1:City></st1:place>. Saya tidak ingat bagaimana permainannya tetapi sesiapa yang terpilih akan dikehendaki melakukan apa sahaja yang disuruh oleh orang lain seperti menyanyi ke, melompat seperti katak ke atau sebagainya. Satu ketika saya telah ‘terpilih’. Dalam keadaan cemas menunggu apa ‘arahan’ dari ahli-ahli lain, saya terkejut apabila disuruh ‘senyum’ selama satu atau dua minit. Ahli-ahli yang junior bukan main bersorak sakan lagi dan bertepuk tangan apabila saya mula ‘senyum’. Ada yang terlopong dan menekup mulut bagaikan melihat sesuatu yang luar biasa berlaku. Barulah saya sedar bahawa selama itu saya begitu jarang tersenyum di kalangan rakan dan adik-adik junior yang lain.

Keadaan semakin teruk semasa di universiti dan kemudian di alam pekerjaan sehinggalah saya disahkan menghadapi masalah mental dan dipersarakan.

Mengapa doktor-doktor yang merawat memberikan diagnosis yang berbeza-beza? Pada pendapat saya, mereka mungkin merujuk kepada simtom-simtom yang ada pada ketika itu. Maknanya skop penyakit mental ini luas dan bukan mudah mengenal pasti jenis penyakit mental sebenar kerana perbezaan simtom antara satu jenis penyakit dengan yang lain mungkin hanya satu dua simtom sahaja. Seperti juga penyakit fizikal yang lain, ada kalanya doktor terkeliru sama ada seseorang itu mengalami serangan jantung atau pedih ulu hati kerana kedua-duanya mempunyai simtom-simtom yang hampir sama.

Keupayaan saya untuk ‘survive’ sehingga ke hari ini walau pun hidup dalam keadaan ‘depressed’ dan hanya sekali sekala mengalami simtom-simtom yang akut menyebabkan saya lebih senang dengan pendapat doktor pakar yang mendiagnosiskan saya sebagai pengidap Double Depression.

Rafie Yusofhttp://www.blogger.com/profile/07492181605883781151noreply@blogger.com